Make your own free website on Tripod.com

TEKANAN PERASAAN DAN ANDA
Home | Page Title

Menurut Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO), sepertimana yang pernah tercatat dalam sebuah buku yang bertajuk ‘Overcoming Depresssion’, kira-kira 100 juta orang di dunia TERTEKAN dalam satu-satu masa.

hipo.jpg

stress.jpg

Kajian Sains mengatakan bentuk arus elektrik atau sinaps di dalam otak bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan oleh seseorang itu. Arus elektrik boleh diukur dengan menggunakan electroencephalo (EEG).

Rima kuasa otak ini diukur dalam 12 putaran sesaat. Secara umumnya ;

 

12 putaran sesaat @ keatas    -      Arus Beta

7 hingga 12 putaran sesaat     -      Arus Alfa

4 hingga 7 putaran sesaat       -      Arus Theta

0 hingga 3 putaran sesaat       -      Arus Delta

 

 

                                                                      

 

Sebaik sahaja kita bangun dari tidur untuk menjalani kehidupan yang biasa, kita berada dalam keadaan BETA. Ketika kita berangan-angan atau hendak tidur atu berjalan-jalan di awal pagi, kita dalam keadaan ALFA. Ketika tidur dalam keadaan nyenyak, anda dalam THETA, ALFA @ DELTA. Delta adalah waktu berdengkur kerana terlalu nyenyak.

 

Sewaktu tidur, dalam banyak keadaan anda berada dalam theta berbanding alfa dan delta. Alfa adalah suasana dimana minda bawah sedar menghantar mesej-mesej ke minda yang sedar. Dalam kehidupan seharian pun, kita sebagai pelajar seboleh mungkin cuba berada dalam keadaan alfa. Kerana inilah masa yng terbaik untuk merangka, merancang, mencari idea, bahkan untuk mengingat sesuatu yang telah lama dilupakan oleh minda di bawah sedar.

 

Bila dan bagaimana untuk mendapat SUASANA ALFA ini…???  TENANG..!!!

Jawapan yang cukup ringkas dan tepat….!!!

16.jpg

Bertenanglah dalam semua keadaan, kerana inilah saat berada dalam keadaan alfa dan saat terbaik untuk bermain dengan imaginasi, meletakkan hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita pada minda yang sedar dan meminta minda bawah sedar untuk melakukan sesuatu buat kita.

 

Rasulullah pernah bersabda :

 

“ Bertenang-tenang itu dari malaikat

dan bergopoh-gopoh itu dari Syaitan”

 

 

Jadi, bila anda tenang anda sebenarnya seorang malaikat yang mampu melahirkan segala kebaikan, tetapi apabila anda gopoh, anda sebenarnya syaitan yang menakutkan semua orang disekeliling kita…

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :
 
phone no : 0179661299
address : 50-A Kg Bukit Sireh
              18000 Kuala Krai,
              Kelantan.